Your Ad Here

Wednesday, February 7, 2007

E-books untuk dikongsi bersama

Sudah lama tak update blog ni...sbbnya malas..ok ada beberapa ebook yg cukup berguna untuk peminat2 photografi khususnya...ok kalau nak click link dibawah...

Shoot like pro
by
Julie Adair King
mcgraw hill

Download


Blue pixel guide to travel photography, The Perfect photos every time
by David Schloss


Download

Tuesday, January 2, 2007

Happy New Year

Selamat Tahun Baru!!!!...semoga azam baru tercapai...azam aku pada tahun ni harap2 dapat laaa kerja....dah sebulan menganggur...bosan....

ok2...Happy New Year...

Annoucement

Heloooo to all...

ini ada pemberitahuan....buat masa blog tidak akan diupdate buat sementara waktu....ini disebabkan internet slow connection yang berlaku disebabkan gempa bumi....malas aku nak tgu loading...lama sgt...

untuk site hobby...aku pindah kan ke
http://subuhsenja.fotopages.com (masih dalam pembinaan) dan disebabkan masalah slow internet connection even dah guna proxy..serabut aku nak tgu..

harap besabar ye...

Tuesday, December 26, 2006

KERAJAAN CUAI MEMBELANJAKAN DUIT RAKYAT

Oleh Tun Telanai - Laman M@RHAEN

Assalamu’alaikum wm.wrt.,

Bertuah sungguh kerajaan Barisan Nasional [BN] yang ditunjangi oleh UMNO memiliki sebahagian besar rakyatnya kurang cerdik. UMNO bernasib baik. Implikasi daripada pelaksanaan dasar-dasarnya telah berjaya menghasilkan segolongan manusia bersifat ‘ayam daging’ atau berjaya mewujudkan sekawan ‘lembu-lembu tenusu’ yang boleh disembelih bila-bila masa sahaja yang dikehendakinya. Manusia yang serupa dengan haiwan-haiwan ternakan ini tidak mampu berfikir, tidak berupaya membuat pertimbangan dengan aqal yang Allah s.w.t., kurniakan dan tidak boleh membuat pemilihan yang tepat bagi kepentingan agama dan bangsa, kecuali untuk kepentingan diri sendiri.

Manusia jenis ini hanya tahu makan, tidur, berak dan buat anak sahaja, termasuklah manusia golongan pertengahan dan atasan yang hidup bekerja siang-malam semata-mata mencari kedudukan dan kekayaan duniawi. Mereka tidak ubah seperti binatang yang tidak beraqal. Selagi ia dapat [diberi] makanan [kontrak dan tender], ia tidak akan mengamuk yang boleh mendatangkan kesusahan kepada tuannya [para pemimpin UMNO], malah akan memberi taat setia tanpa berbelah-bagi.

Amat malang bagi sesebuah masyarakat yang mempunyai ramai manusia jenis ini. Bodoh tidak makan ajar, cerdik tidak boleh dijadikan panduan dan penyuluh di malam hari. Manusia golongan ini juga dikurniakan otak, tetapi mereka tidak boleh berfikir. Otak mereka langsung tidak boleh digunapakai, beku dan jumud. Mereka yang tergolong dalam golongan ini tidak berupaya diajak berbincang berkaitan soal hidup-mati khususnya yang melibatkan politik korupsi, kronisme dan nepotisme yang dibawa oleh para pemimpin UMNO. UMNO telah, sedang dan akan berusaha mempromosikan politik ‘ala-iblis’ ini agar ia menjadi satu budaya baru dalam kehidupan masyarakat Malaysia masa hadapan.

Budaya ala-iblis ini sedang kembang mekar dalam masyarakat kita hari ini. Sindrom ketidak-pedulian atau tidak ada rasa keprihatinan terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya amatlah mendukacitakan. Berbagai masalah muncul di tengah-tengah masyarakat, namun golongan ini tidak responsive terhadap perkembangan semasa berkaitan krisis politik, ekonomi, rasuah, menyalahguna kuasa dan kedudukan, isu bahasa, pendidikan, diskriminasi pembangunan, melebarnya perbezaan jurang kaya-miskin, menebalnya budaya gaya hidup mewah para pemimpin dan sebagainya.

Mereka mengambil jalan mudah dan selamat. Hidup sendiri-sendiri dalam kelompok sesama mereka. Masing-masing takut bercanggah pendapat dengan pemerintah [walaupun pemerintah itu zalim] untuk menyuarakan kebenaran dan keadilan [haq]. Fenomena takut telah menjadi satu fobia kepada golongan ini. Matlamat kerajaan untuk menakutkan rakyat telah berjaya dihasilkan. Rakyat tidak berani bangkit menyuarakan pandangan yang dianggap menentang kerajaan Berbagai kaedah ancaman dan ugutan dilakukan. Paling ditakuti ialah saluran atau peluang-peluang mereka mencari makan dan mencari kekayaan ditutup. Oleh itu mereka mengambil sikap menyendiri dan membawa haluan masing-masing bagi menjaga keselamatan diri, keluarga dan kekayaan yang dimiliki. Hanya sebilangan kecil sahaja manusia yang beraqal yang bangkit menggunakan aqal untuk menghancurkan kebathilan yang dibawa oleh UMNO.

Golongan kecil ini sering kali mengalami kegagalan menentang golongan iblis tadi [baca: para pemimpin UMNO] yang mempunyai berbagai kekuatan di lautan, di udara dan di bumi. Golongan marhaen ini mempunyai berbagai kelemahan dan kekurangan, yang ada pada golongan ini hanyalah sekadar semangat jihad yang tinggi menentang kemungkaran dan kezaliman yang berlaku di hadapan mata mereka bagi kepentingan agama, bangsa dan negara. Menang-kalah adalah ketentuan daripada Ilahi. Lawan tetap lawan.

Pelbagai perkara buruk sedang rancak berlaku di dalam pengurusan Negara hari ini. Masa depan agama, bangsa dan Negara berada dalam kedudukan tidak menentu. Ianya menuju ke arah kehancuran. Penjajahan berbentuk baru iaitu penjajahan ekonomi [pelaburan dalam nilai yang amat besar tanpa sekatan, malah digalakkan] oleh Singapura sedang diperkemaskan dan diperluaskan dalam semua sector perkhidmatan Negara. Misalnya, penjualan Pantai Holding [kemudian dibeli balik kerana tersalah jual], perkhidmatan kesihatan, telekomunikasi [Telekom Malaysia dan Celcom] kepada Temasik Holding Singapura amat membimbangkan kerana ia boleh mengancam keselamatan Negara. Pembangunan raksasa di selatan Johor memberi ruang kepada Singapura memperluaskan wilayah dan pengaruhnya ke atas Malaysia khususnya rakyat di negeri Johor. Bagaimana pula peranan yang dimainkan oleh Scomi, ECM Libra, Sky Chef, Air Asia, Patrick Lim dan banyak lagi. Malangnya, sebahagian besar lembu-lembu ini tidak sedar bahaya yang bakal menimpa ke atas agama, bangsa dan Negara.


Baru-baru ini pada 14.12.2006 lalu, diumumkan kenaikan kadar tol oleh Samy Vellu, Menteri yang tidak ada budi bahasa yang menjadi gaya hidup para pemimpin UMNO/BN yang melibatkan lima lebuh raya di Lembah Kelang, iaitu Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Koridor Guthrie. Kadar baru bagi LDP ialah RM1.60 (naik 60 sen), Lebuhraya Shah Alam RM2.20 (naik 70 sen), Lebuhraya Cheras-Kajang (Batu 9) RM1 dan (Batu 11) 90 sen (kedua-duanya naik 30 sen), Lebuhraya KL-Karak (Gombak) RM5 (naik RM1) dan (Bentong) RM3 (naik 50 sen) dan Lebuhraya Koridor Guthrie RM1.40 (naik 40 sen) akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2007 depan. Paling menyakitkan hati apabila Abdullah Ahmad Badawi memberi penjelasan mekanisme yang digunakan ialah kerajaan dan rakyat sama-sama menanggung beban kenaikan tol tersebut. Beliau berkata:


“Kaedah yang kita guna ialah kerajaan bayar separuh, rakyat bayar separuh...sama-sama bertanggungjawab dan kerajaan menanggung RM2.6 bilion setahun” [Rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/61027]. Maksud Abdullah ialah rakyat mesti menanggung beban bersama-sama kerajaan membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol.

Persoalannya, kenapa rakyat dibebankan dengan kenaikan kadar tol yang amat tinggi, sedangkan pada masa kini rakyat sudah terhimpit dengan kenaikan harga minyak pada 28.2.2006 lalu yang merupakan tertinggi dalam tempoh 20 tahun. Sebelum itu, awal tahun 2006 ini cukai pintu dan cukai tanah telah dinaikkan dan awal Februari 2006, dinaikkan tambang bas sekolah. Tidak lama selepas itu, pada 1.6.2006, kadar tarif elektrik pula dinaikkan. Rakyat dipaksa membayar hutang yang dibuat oleh Tenaga Nasional Berhad dan bayaran tetap kepada pihak pembekal tenaga bebas. Kemudian disusuli pula dengan kenaikan tarif air 15 peratus oleh Syabas di Kuala Lumpur, Putra Jaya, Selangor dan di negeri Perak.

Kenaikan-kenaikan tersebut menyebabkan kos pengeluaran meningkat, bagi menampung peningkatan kos tersebut, maka para pengusaha terpaksa menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Rakyat amat terasa kesannya apabila nilai mata wang menjadi bertambah kecil dengan kos hidup terus meningkat. Dalam jangka panjang akan memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi Negara dengan terbentuk satu rantaian kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara berterusan. Kadar Inflasi kini berada di paras tertinggi iaitu 4.8 peratus pada bulan Mac 2006 yang tertinggi dalam tempoh enam tahun. Semuanya ini menyebabkan kehidupan rakyat menjadi bertambah miskin dari segi jumlah pendapatan isi rumah tidak selari dengan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh ketua keluarga. Apa maknanya ini semua?


Ertinya, kerajaan yang ada pada hari ini cuai dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan kewangan Negara. Kerajaan mencari jalan pintas bagi mengatasi masalah kewangan dengan cara menaikkan harga petrol, tarif air dan elektrik kerana bahan-bahan ini merupakan bahan keperluan asasi rakyat. Rakyat terpaksa membayar untuk menggunakan bahan-bahan tersebut. Kerajaan mengambil jalan mudah dengan memindahkan bebanan itu kepada rakyat. Sebelum ini menaikkan harga minyak untuk menjimatkan RM4.4 bilion dan sekarang menaikkan harga tol pula untuk menjimatkan RM2 bilion. Rakyat tidak mempunyai alternative lain, rakyat terpaksa menggunakannya walaupun ia dicaj dengan kadar yang tinggi. Dalam masa yang sama kerajaan yang dianggap oleh mantan PM Ke-4 sebagai kerajaan “half-past-six” mengutip hasil yang lumayan bagi meneruskan perbelanjaan yang membazir dan tidak berhemah.


Pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sahaja menelan belanja sebanyak RM29.32 juta dan pembekalan system kawalan keselamatan kediaman rasmi Perdana Menteri berjumlah RM20 juta. Duit rakyat terbuang di situ sahaja berjumlah RM49.32 juta. Duit sebanyak itu amat berguna untuk rakyat yang rumahnya dirobohkan oleh kaki samseng berlesen.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Sulaiman Rabu, 13.12.2006 lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan berbelanja sehingga RM11 bilion untuk mengambilalih [sebenarnya bailout] tujuh syarikat yang mengalami masalah pengurusan dan kewangan selepas diswastakan.

Pecahannya adalah seperti berikut:

• RM3.256 bilion untuk Star LRT.
• RM4.486 bilion untuk Putra LRT
Kedua-dua sistem transit rel ringan di Lembah Klang, kini di bawah Syarikat Prasarana Negara Bhd.

• RM2.802 bilion untuk Malaysia Airlines System Bhd
• RM142 juta untuk Lebuhraya Seremban-Port Dickson oleh Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd.
• RM135 juta untuk Penjara Bandar Kuching dengan Jabatan Kerja Raya mengambilalih daripada syarikat swasta.
• RM192.54 juta untuk Skim Pembentungan Nasional daripada syarikat konsesi, Indah Water Konsortium.
• RM8.3 juta untuk Unit Penyelidikan, Makanan Muslim dan Barangan Pengguna, yang kini di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Malaysia membeli 18 buah jet pengebom jenis Sukhoi Su30 dengan harga US900 juta [RM3.42 billion] atau US50 juta [RM190 juta] sebuah dari Russia. Juga termasuk dalam harga pembelian adalah pertukaran teknologi angkasa lepas berjumlah US270 juta [RM1.03 billion]. Kos ini juga termasuk menghantar seorang angkasawan untuk ke angkasa lepas makan angin. Adakah urusan niaga ini ada kaitan dengan kes pembunuhan seorang model warga Mongolia berusia 28 tahun itu, yang dikenali sebagai Altantuya Shaariibu yang dipercayai ditembak dan badannya diletupkan dengan bahan letupan. Cebisan mayatnya berselerak dijumpai berdekatan dengan Empangan Tasik Subang di Puncak Alam?


Pembelian dua helikopter oleh Jabatan PDRM dari Airod bernilai RM117.75 juta tidak dapat didaftarkan sebagai ‘civil air-craft’ dengan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia kerana ia tidak memenuhi standard paiwaian yang ditetapkan. Pembinaan pusat sukan luar Negara berjumlah RM490 juta di London bagi menggantikan Pusat Kajian Tun Razak bagi melatih atlit-atlit kita di luar Negara, ini tidak termasuk kos operasinya. Berita terbaru mendedahkan yang Abdullah telah membeli sebuah kapal layar mewah bernilai RM30 juta. Sekiranya berita ini benar, maka amat malang bagi rakyat Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang kurang cerdik menjadikan khazanah Negara sebagai warisan keluarganya.


Kerajaan hari ini sudah tidak bijak merancang kewangan negara. Ia mencerminkan sikap cuai dan tiada kebijaksanaan. Dasar ekonomi apa yang digunapakai oleh Abdullah ini? Kerajaan kaya, rakyat miskin. Dulu kerajaan tidak kaya, tetapi rakyat senang. Sekarang kerajaan kaya [merompak wang rakyat], tetapi rakyat menjadi bertambah miskin kerana pendapatan rakyat tidak bertambah, harga pasaran komoditi seperti getah dan kelapa sawit merudum, tetapi kos hidup rakyat berterusan meningkat. Tidak nampak tanda-tanda menunjukkan bahawa kos hidup rakyat akan dikurangkan.


Rakyat mesti bersiap-sedia untuk dibebankan lagi kerana selepas ini kerajaan pasti akan memaksakan lagi pelbagai bebanan baru untuk ditanggung oleh rakyat. Samy Vellu awal-awal lagi telah mengumumkan bahawa pada 1 Januari 2008 kadar tol membabitkan Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru (Shahpadu), Lebuhraya Butterworth-Kulim, Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Jambatan Pulau Pinang akan dinaikkan. Sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak peka [baca :pekak dan buta] tidak seperti rakyat Thailand dan Indonesia menyebabkan kerajaan pimpinan Abdullah naik minyak. Beliau boleh berbuat apa sahaja yang beliau mahu kerana “Aku Seorang Perdana Menteri”.


Kerajaan sering memberi alasan bahawa di bawah perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya terbabit, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tol mengikut tempoh yang dipersetujui, tetapi sekiranya kadar tol tidak diluluskan untuk dinaikkan, maka kerajaan terpaksa membayar pampasan atau ganti rugi. Pampasan yang terpaksa dibayar oleh kerajaan lebih tinggi daripada pembinaan lebuhraya [Rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/61113]. Perjanjian seperti ini juga wujud di antara Tenaga Nasional Berhad dengan pembekal tenaga bebas dan SYABAS.


Lebih memilukan adalah apabila kerajaan mendakwa bahawa mereka tidak ada pilihan lain selain dari meningkatkan harga tol atau menaikkan kadar tariff [air atau elektrik] bagi menampung perbelanjaan kerajaan. Ini adalah kenyataan-kenyataan yang dikira menunjukkan bahawa kerajaan tidak ada kewibawaan dan tidak pandai memerintah. Mereka tunduk dengan kemahuan pihak pemaju atau pembekal kuasa. Kerajaan sudah terikat dengan jerut yang mereka buat sendiri tanpa mahu membebaskan diri. Kerajaan tidak punya kuasa ke atas peningkatan kadar harga tol, tarif air dan tarif elektrik menunjukkan bahawa kerajaan sudah terperangkap dengan apa yang dilakukan oleh mereka sendiri.


Sebenarnya, sudah sampai masa UMNO dijatuhkan dari tampuk kuasa. UMNO telah banyak melakukan kesilapan dan penyelewengan dengan amanah yang diberikan oleh rakyat. Selagi lama UMNO berkuasa, maka semakin banyak kerosakan yang bakal berlaku. Kedaulatan agama, bangsa dan Negara akan dilelong seperti lelongan barangan di pasar-pasar malam. Menjatuhkan UMNO melalui pilihan raya adalah merupakan satu perkara yang mustahil dan tidak masuk aqal.

Suharto, Ferdinand Marcos, Thaksin Shinawatra, Shah Iran, Joseph Stalin, Adolf Hitler, Benito Mussolini, Saddam Hussein dan ramai lagi tokoh-tokoh pemimpin dictator tidak boleh ditumbangkan melalui pilihan raya kerana mereka menguasai seluruh jentera-jentera kerajaan termasuk media. Mereka hanya boleh dijatuhkan melalui kaedah jalan raya, pemberontakan rakyat dan pemberontakan tentera secara revolusi bukan evolusi. Sejarah telah menunjukkan teladan. Mana-mana pemimpin yang memerintah secara dictator terdiri daripada kalangan pemimpin yang zalim, kejam, ganas dan membebankan rakyat dengan pelbagai bebanan dan berusaha mengekalkan kuasa dan menjaga kepentingan peribadi, keluarga dan konco-konconya dengan memperalatkan seluruh jentera-jentera kerajaan termasuk menggunakan pasukan polis dan tentera. Rakyat dikambing-hitamkan.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

“PROTES SAMPAI TURUN”

- Tun Telanai - 23.12.2006


Kandungan artikel ini adalah hak milik Penulis....ia tidak ada kena mengena dengan pemilik blog...tujuan penyiaran semula artikel ini adalah untuk berkongsi pendapat dalam isu-isu semasa yang jarang didapati media arus perdana....

untuk mengentahui lebih lanjut sila lawati
http://marhaen.kelatedaily.net/

Dah baca.....bagi komen k...

Gambar panorama waktu senja di Pantai Kelanang Selangor

click utk mendapat gambar yang besar

Ini adalah gambar panorama setelah editing dan modifikasi telah dibuat....process editing juga dibuat dengan meletakkan kesan khas untuk menambahkan kehalusan atau vivid pada gambar ni....



Dah tgk..puas hati...ape lagi..bagi komen k..

Wallpaper utk semua...


Ape komen korang pasal rumah ni...cantik? diambil di Teluk Danga (Danga Bay) di Johor Bahru semasa berjalan2 di sana...

Mcm mane nak download wallpaper ni...cuma click pada gambar, pastu dia akan tunjuk gambar tu pastu right click dan select save picture..

K....

Gambar Panorama Dari Bukit Jugra



Ia adalah gambar panorama yang diambil dari Bukit Jugra Selangor dengan menggunakan digital kamera. Gambar telah dicantumkan dengan menggunakan software PTgui dalam membentuk panorama yang lebih menarik.

adobe photoshop digunakan untuk menjadikan gambar lebih sempurna dengan menambah beberapa kesan khas kesan khas dan memperbiaki gambar.

dah tgk? ape lagi bg komen...dalam memperbaiki teknik shot gambar...